Khamis, 1 Ogos 2013

BLENDED ORANGE CAKE

Kek paling senang nak buat.. tekstur kek pun gebu je.. suami dan anak2 Lela paling suka kek ini..
Tak muak bila makan.. Kira banyak kali jugak la Lela buat.. Jom tengok resepinya..




Resepi Blended Orange Cake

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 biji buah limau - tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar orange sunquic

Cara-cara:

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan