Khamis, 1 Ogos 2013

KEK PELANGI

Ini kek hari jadi 3 beradik ( anak2 saudara Lela ) .. Budak2 memang suke color2 & sweet.. Jom tengok resepi kek pelangi ..



Resepi Kek Pelangi

Bahan-bahan:

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter
1 cwn gula halus
5 biji putih telur
2 sdk esen vanilla
1 1/2 cwn susu segar
pewarna oren, biru, pink, kuning, hijau, purple
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh. alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara-cara:

Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan:

250g Philadelphia cheese
125g butter
1 cwn gula icing
1 sdk esen vanilla
1 sdb jus lemon

Cara-cara:

Putar cheese dan butter sampai jadi creamy.
Masukkan gula icing, esen vanilla dan jus lemon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan