Khamis, 1 Ogos 2013

MIX FRUIT POUND CAKE

Kek ini di simpan lama kat peti ais memang sedap... terasa buah-buahan keringnya.. Jom tengok resepi..




Resepi mix fruit pound cake

Bahan-bahan:

180g mentega
140g gula perang
2 biji telur gred A
220g tepung gandum*
1 sdk esen vanilla
1 sdk baking powder*
1/2 sdk soda bicarbonate* ( *disatukan diayak)
120g mix fruit
100ml susu segar

Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan