Rabu, 31 Julai 2013

BISKUT COKLAT URAI



Resepi Biskut Coklat Urai

Bahan-bahan:

250g mentega
140g gula halus
2 biji kuning telur
480g tepung gandum
50g serbuk badam
50g serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla

Coklat urai - untuk hiasan


Cara-cara:
 
Pukul mentega dan gula hingga kembang
Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla
Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung ( untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit ) Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan
Tabur coklat urai diatasnya dan bakar pada suhu 175'c selama 20 minit.

 
PELBAGAI KEK KUKUS








TIRAMISU in CUP



 


 
ROTI oh ROTI ...




KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG LEBAH @ KEK SARANG SEMUT


Resepi kek gula hangus

Bahan A:

250g gula pasir
225ml air
75g mentega

Bahan B:

4 biji telur
125g tepung gandum
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh baking powder
75g susu pekat
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara:

Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.

Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi.
Putar sebati dan rehatkan 30 minit (lela rehatkan 6 @ 7 jam).

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.
 BISKUT MAMA CAREY

 



Resepi Mama Carey

Bahan-bahan:

 200g mentega
100g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu the esen vanilla

Bahan di ayak:

260g tepung gandum
50g tepung jagung
50g susu tepung

Cara-cara:

 Pukul mentega dan gula hingga sebati.
 Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
 Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
 Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

 Panaskan oven pada suhu 150'c
 Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
 Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
 Terap dengan acuan pilihan
 Susun di atas dulang pembakar
 Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
 Kemudian biarkan ia sejuk.

 Sekarang kita sediakan icing

1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90g gula icing

Pukul putih telur hingga kembang
 Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
 Masukkan adunan dalam piping bag.

 Paipkan icing atas biskut tadi
 Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
 Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

 Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
BISKUT JEM STRAWBERI



Resepi Biskut Jem Strawberi

Bahan-bahan:

115 gram butter - saya guna marjerin
50 gram gula custor
170 gram tepung gandum
jam strawberry secukupnya

Cara-cara:

Pukul butter / marjerin dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan tepung.
Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran sebiji limau calamansi. Kemudian
Leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah doh untuk membuat lubang. Masukkan
jam. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar selama 12 minit  hingga keperangan.

Selasa, 30 Julai 2013

POPIAH NESTUM



Resepi Popiah Nestum

Bahan-bahan:

Kulit popiah
Nestum ( dikisar halus)
Gula pasir ( dikisar halus)
Horlick
Susu Tepung

Cara-cara:

Gaul bahan 2-5 hingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara untuk elak masuk angina.
Gulung kulit popia sekeping demi sekeping.
Gunting/Potong kulit popia yang dah digulung tu secara menyerong.
Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
Selepas digoreng, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan yang dah digaul sebati tadi.

NOTA: Kalau kulit popia tu tidak melekat di hujungnye, boleh gunakan air @ telur @ bancuhan tepung gandum sebagai pelekat.
Sukatan tidak disediakan. So buat sukatan sendiri ..
BISKUT SEMPERIT KASTARD





Resepi Biskut Semperit Kastard

Bahan-bahan:

300g mentega
120g gula icing
2 biji kuning telur
1 camca the esen vanilla
240g tepung gandum
100g tepung jagung
200g tepung kastard
Ceri merah @ manik gula untuk hiasan

Cara-cara:

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. Guna senduk aje..
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang ikut kesukaan anda. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri @ manik gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( mengikut oven masing2)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
 
BISKUT ARAB SUSU
 

 
 
Resepi Biskut Arab Susu
 
Bahan-bahan:
 
2 cawan Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cawan minyk sapi (tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cawan tepung gandum (di ayak)
Ceri merah secukupnya- potong kecil2
Gula icing ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
 
Cara-cara:
 
Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180'C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula icing.
BISKUT SEMPERIT SUSU


 
 

Resepi Biskut Semperit Susu

Bahan-bahan:

 125g susu pekat manis
 125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak
 230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly)

Cara-cara:

Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
ALMOND SNOWY




Resepi Biskut Almond Snowy

Bahan A:

260g butter
150g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
50g serbuk badam

Bahan B:

300g tepung gandum
50g tepung kastard
50g susu tepung
40g tepung jagung

Bahan hiasan:

Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih  - untuk menyalut

Cara-cara:

Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BISKUT KACANG MAZOLA .. jangan dilupa

Bila buat biskut ini teringat kat arwah emak.. dulu2 biskut ini tak pernah tak buat, lela la yang duk kopek kulit kacang.. pertama kali buat biskut ini sendiri, Alhamdulillah rasa seperti arwah emak punye.. Jom kite tengok resepi dia..



Resepi Biskut Kacang Mazola

Bahan-bahan:

200g tepung gandum
200g kacang Tanah ( digoreng tanpa minyak terdahulu & di tumbuk separuh, lagi separuh di blender halus)
100g gula ( di kisar halus)
Minyak Mazola (secukup ye sampai jadi doh yang lembut)
Secubit garam ( bagi rasa lemak2 sikit)
Kuning telur

Cara-cara:

Satukan tepung gandum, kacang Tanah, gula & garam. Kacau sebati..
Masukkan minyak Mazola sikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut..
Canaikan & terapkan mengikut kesukaan anda di atas loyang..
Sapukan kuning telur di atasnya..
Bakar hingga masak pada suhu 170' selama 20 minit ( mengikut oven masing-masing)

Ahad, 28 Julai 2013

BISKUT NESTUM



Resepi Biskut Nestum
Resepi : Maria
Sumber : Hana memoris

 
Bahan :
·                     250 gm butter
·                     100 gm kismis (ganti ngan cchip)
·                     2 cawan tepung gandum
·                     1 cawan tepung jagung
·                     3 cawan nestum
·                     1 cawan gula caster
·                     1 biji telur
·                     1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
1.             Pukul butter dengan gula hingga putih.
2.             Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
3.             Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
4.             Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c(ikut oven). 

Sabtu, 27 Julai 2013

 
SNOW CHEESE CAKE
 
 
Kek ini paling Lela gemari.. sesiapa yang suke keenakan keju.. pasti nak makan banyak kali..
 

 
 
 
 
 
Resepi Snow Cheese Cake


Bahan2:
UNTUK KEK:
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Cara-cara:
  • 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  • 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  • 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  • 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  • 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  • 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  • 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • 8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  • 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
ROTI JALA



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:
 

  • 2 cawan tepung gandum


  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecik garam
  • 2 cawan air
  • beberapa titik pewarna kuning
 
 
 
 
 
Cara-cara:
 

  •  Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.

  •  Perapkan selama 1/2 jam .

  •  Panaskan kuali dgn api sederhana.

  •  Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.

  •  Tebar/kirai adunan atas kuali.

  •  Biarkan hingga roti jala tu masak.

  •  Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2. 

Jumaat, 26 Julai 2013

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak

Lagi seminggu lebih je lagi nak raya kan.. time ni Lela dah sibuk buat order biskut customer2 Lela.. Jom cuci2 mata jap biskut2 yang Lela buat di bulan ramadhan 2013 ..