Rabu, 31 Julai 2013

KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG LEBAH @ KEK SARANG SEMUT


Resepi kek gula hangus

Bahan A:

250g gula pasir
225ml air
75g mentega

Bahan B:

4 biji telur
125g tepung gandum
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh baking powder
75g susu pekat
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara:

Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.

Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi.
Putar sebati dan rehatkan 30 minit (lela rehatkan 6 @ 7 jam).

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan