Sabtu, 27 Julai 2013

 
SNOW CHEESE CAKE
 
 
Kek ini paling Lela gemari.. sesiapa yang suke keenakan keju.. pasti nak makan banyak kali..
 

 
 
 
 
 
Resepi Snow Cheese Cake


Bahan2:
UNTUK KEK:
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Cara-cara:
  • 1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  • 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  • 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  • 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  • 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  • 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  • 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • 8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  • 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan