Selasa, 30 Julai 2013

BISKUT SEMPERIT KASTARD





Resepi Biskut Semperit Kastard

Bahan-bahan:

300g mentega
120g gula icing
2 biji kuning telur
1 camca the esen vanilla
240g tepung gandum
100g tepung jagung
200g tepung kastard
Ceri merah @ manik gula untuk hiasan

Cara-cara:

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. Guna senduk aje..
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang ikut kesukaan anda. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri @ manik gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( mengikut oven masing2)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan