Selasa, 30 Julai 2013

 
BISKUT ARAB SUSU
 

 
 
Resepi Biskut Arab Susu
 
Bahan-bahan:
 
2 cawan Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cawan minyk sapi (tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cawan tepung gandum (di ayak)
Ceri merah secukupnya- potong kecil2
Gula icing ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
 
Cara-cara:
 
Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180'C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula icing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan